Saturday, May 29, 2010

Koleksi Buku...e-Store

Kedai Buku Online yang mempunyai pelbagai koleksi buku dari penulis motivasi dan buku agama tanahair...



dan juga pelbagai lagi koleksi buku dan novel
di e-Store saya:

Friday, May 28, 2010

"Online Office"

E-NET
Ringkasan eNet, fungsi dan proses yang terlibat.

1. Ringkasan e-Net
e-Net merupakan sebuah laman web,platform utama urusniaga kepada ahli yang telah berdaftar dengan Stormreaders. Setiap ahli layak memiliki e-Net sendiri dan e-Net merupakan laluan utama untuk ahli menguruskan urusniaga dan jaringan perniagaan masing-masing. Segala maklumat terkini mengenai aktiviti perniagaan akan tertera di laman e-Net ahli.

2. Fungsi e-Net
e-Net juga berfungsi sebagai penghubung antara syarikat dengan para ahli. Pihak syarikat akan mengemaskini data yang terkandung didalam e-Net seperti senaarai keahlian,jumlah bonus, maklumat dan idea terkini yang ingin dikongsi bersama semua ahli. Urusan menjadi lebih mudah kerana hanya dengan beberapa klik sahaja segala maklumat atau laporan yang diperlukan oleh ahli terpapar di dada laman.

3. Mudah dan Menjimatkan
Tidak perlu ke kedai untuk membuat pembelian, kerana segala fasiliti telah disediakan bagi membolehkan ahli membuat belian bulanan semula disamping proses pengeluaran bonus. Insya-Allah, ahli akan mendapat khidmat yang terbaik, berpeluang menjana pendapatan yang lebih lumayan disamping menjimatkan masa, wang dan tenaga.

4. Bantuan dan Sistem Sokongan
Tidak perlu risau sekiranya mengalami masalah semasa menggunakan atau melayari e-Net kerana pihak syarikat akan menyediakan latihan dan talian hotline bagi membantu para ahli untuk mempelajari dan mengendalikan e-Net masing-masing.

5. Sebuah laman web yang diberikan secara eksklusif kepada ahli yang telah mendaftar
e-Net disediakan untuk membantu para ahli untuk mengakses data perniagaan masing-masing secara online. Kemudahan ini amat berguna kepada ahli untuk menguruskan aktiviti perniagaan secara lebih mudah, selamat dan efisyen, Insya-Allah...

Tuesday, May 25, 2010

Online Bookstore

e-Store
Ringkasan e-Store, fungsi dan proses yang terlibat
  • Kedai buku di Internet milik anda.
Anda akan menjadi tuan kedai buku maya dimana anda boleh mempromosi kedai anda dan anda akan mandapat keuntungan hasil dari pembelian melalui kedai anda.
  • Anda tidak perlu penyimpan dan mengepos buku kepada pelanggan
Kami akan menyediakan semua barang untuk dijual dan kami juga akan menyediakan proses penghantaran. Anda tidak perlu menyimpan stok produk di rumah anda. Anda juga tidak perlu risau untuk memikirkan cara penghantaran ke pelanggan. Malah setiap pelembelian dari pelanggan anda akan mendapat keuntungan seperti kedai buku sebenar.
  • Anda boleh memilih design kedai anda
Anda boleh memilih jenis design untuk kedai anda mengikut citarasa anda. Stormreaders menyediakan pelbagai jenis deisgn untuk anda pilih.
  • Keselamatan e-Store terjamin dan sentiasa dipantau
Laman web e-Store anda terjamin keselamatannya untuk sebarang transaksi pembayaran dan sentiasa dipantau oleh badan-badan keselamatan internet.
  • Anda boleh memantau aktiviti penjualan e-Store anda
Anda boleh memantau segala aktiviti yang berlaku di kedai e-Store anda. Anda akan diberi satu akses ke laman untuk memantau semua aktiviti e-Store anda.
  • Anda boleh mendapatkan lebih banyak lagi keuntungan
Anda layak untuk mendapatkan lagi pelbagai jenis keuntungan yang lain apabila anda menjadi rakan usahawan Stormreaders. Anda bukan sahaja mengumpul keuntungan hasil penjualan buku di kedai e-Store anda, malah anda akan mengumpul keuntungan hasil dari penyertaan rakan usahawan dibawah tajaan anda. Dan terdapat pelbagai lagi jenis keuntungan yang akan dibincangkan selepas ini.

*sila lihat di sini sekiranya hadirin ingin melihat contoh e-store

Sunday, May 23, 2010

ADAB BERNIAGA...

Dlm hidup kita sehari2...pelbagai adat n adab yg perlu dipatuhi bagi menjamin kesejahteraan...

dan meneruskan kesinambungan dlm kehidupan...



Dlm berniaga juga terdapat "Adab2 Berniaga"...

    • Berniat baik dlm perniagaan..
    • Bertujuan melaksanakan salah satu daripada tuntutan fardu kifayah..
    • Dlm kesibukan di pasar dunia, jgnlah pula lupa utk memasuki pasar akhirat..
    • Sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan..
    • Hati jgn terlalu terpaut dengan harta dunia dan titik bengik perniagaan..
    • Jaga diri dari perkara syubhat dan meragukan..
  • (Imam Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi)

petikan daripada buku "101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang"

*dapatkan koleksi buku hasil nukilan Ustazah Bahyah dan ramai lagi penulis popular tanahair di e-store saya...

Friday, May 21, 2010

Mengapa Stormreaders.com

Strategi Perniagaan... Stormreaders.com

  • Menonjolkan kelebihan perniagaan rangkaian Stormreaders sebagai perniagaan rangkaian yang berlandaskan syariat Islam. Model perniagaannya adalah berteraskan produk yang berkualiti dan berharga patut.
  • Memperkasakan sistem-sistem latihan dan kemudahan sokongan kepada setiap ahli, memastikan setiap ahli tidak ketinggalan dan tercicir. Motivasi ahli akan sentiasa dimantapkan agar berada pada tahap tertinggi sekaligus menyumbang kepada keyakinan diri yang tinggi.
  • Setiap ahli Stormreaders berada dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian, perjumpaan berkonsep musyawarah lebih kerap dilakukan bagi mewujudkan ukhuwah antara ahli.
  • Stormreaders secara dinamiknya akan mencari cara-cara yang inovatif dan kreatif untuk meneroka peluang-peluang perniagaan yang baru. Teknologi terkini seperti teknologi web dan teknologi mudah alih digunakan dengan sebaik mungkin serta pelan pemasaran dirangka supaya dapat menjana pendapatan yang paling optimum.
  • Tumpuan utama adalah kepada produk dan seterusnya pengembangan organisasi kumpulan. Oleh itu usaha yang gigih perlu dilakukan untuk menjaga kualiti dan kemantapan produk.
  • Memastikan bahawa setiap strategi dan perancangan Stormreaders tidak lari daripada tujuan asal, iaitu mewujudkan peluang perniagaan yang mampu dan mudah disertai, yang mematuhi syariat di samping mewujudkan masyarakat yang berilmu.
  • Memberi galakan untuk ahli agar lebih yakin bahawa pendapatan sehingga RM 4,500 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Lima Ratus sahaja) seminggu bukanlah jumlah pendapatan yang mustahil untuk dicapai.
  • Menyediakan pelan yang jelas dan kukuh tentang bagaimana ahli boleh menjana sehingga RM 4,500 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Lima Ratus sahaja) seminggu jika mereka berusaha bersungguh-sungguh.
  • Menunjukkan skil kepimpinan dan pemasaran yang perlu untuk berjaya.
  • Mengajar ahli bagaimana melatih rakan-rakan kongsi mereka supaya melakukan kejayaan yang sama.
klik di sini sekiranya ingin mendapatkan maklumat perniagaan serta tips2 jutawan dari salah seorang penulis didalam stormreaders.com yang juga Mentor Jutawan saya....

Wednesday, May 19, 2010

alhamdulillah...ya Allah...

alhamdulillah....

terima kasih ya Allah diatas nikmat yg Kau berikan kepadaku dan seluruh ahli keluargaku selama ini...
mudah-mudahan ianya akan berkekalan sehingga akhirat...

ku panjatkan syukur kepadaMu ya Allah sekali lagi pada hari ini...
kerana diberi nikmat untuk bernafas dan meneruskan hidup untuk beramal dan beribadat kepada-Mu....
dan Kau telah berikan kemudahan kepada tunang kesayanganku untuk menempuhi sesi temuduga dan membuka pintu rezeki untuk-nya...

alhamdulillah ya Allah, tunangan ku telah mendapat kerja...
di kilang Sony di Bangi,Selangor...

terima kasih sekali lagi ya Allah...
syukur alhamdulillah....

mengapakah perlu dihalalkan yang sudah nyata haram???

astaghfirullah hal azim...

apalah nk jadi ngan pemimpin skang nie ek?
dh nyata benda tue haram tp kenapa la nak dihalalkan n siap bg lesen besar lak tue pada co. besar yng menguruskan urusan judi2 di Malaysia nie..

pelik btl la dunia nie...
pemimpin Islam tapi masih boleh menghalalkan benda yg terang2 haram..
bagaimana la nk tunjuk contoh pada suma negara Islam lain yg Malaysia nie sebuah negara "ISLAM" yg hebat....
bukan senang sebenarnya nak jadi pemimpin tapi bila dah jadi pemimpin yang 'senang', leh bt keputusan yang mensusahkan hati suma rakyat yg majoriti beragama Islam...

musykil2...

Tuesday, May 18, 2010

sifat yang penting jika nak jadi usahawan...

Sifat Peribadi Usahawan

1) Bersemangat dan berkeinginan tinggi
Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat ialah daya penggerak kepada perniagaan.

2) Memandang masa hadapan dengan jelas
Pandangan seorang usahawan selalunya disokong oleh himpunan idea yang belum ada dalam pasaran. Idea ini amat jelas untuk direalisasikan walaupun detailnya mungkin belum lengkap dan boleh diubah suai. Idea ini sering dipromosikan dengan penuh keyakinan dan kecintaan.

3) Berkeupayaan untuk bekerja keras
Seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau “workaholic”. Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.

4) Berfikiran positif
Usahawan berfikiran positif seperti sikap hero dalam filem box office Barat yang sentiasa berfikir bahawa tindakannya tetap akan berjaya walaupun nampak seperti mustahil untuk dicapai.

5) Berani membuat keputusan
Keputusan memang sentiasa perlu dibuat dan perlu dibuat dengan kadar segera. Lambat membuat keputusan bermakna setengah daripada jalan kegagalan sudah ditempah.

6) Bersikap optimistik
Yakin dengan kebolehan diri sendiri serta mengambil falsafah “Masa kini ialah masa yang terbaik” dan “Semua perkara boleh dilakukan.”

7) Pandai mengatur strategi
Pandai mengatur strategi untuk menukar impian menjadi realiti.

8) Berani mengambil risiko secara berhemah
Risiko tetap wujud dalam semua situasi, cuma kadarnya berbeza-beza. Jika kita mengambil perkiraan yang teliti (calculated risks), namun masih menemui kegagalan, itu bukan dikira kesilapan diri kita lagi.

9) Melahirkan daya usaha niaga
Melahirkan daya usaha niaga yang berterusan untuk mengatasi masalah.

10) Bekerja sendiri
Usahawan sering mahu bekerja sendiri daripada bekerja di bawah sesuatu organisasi atau bekerja di bawah orang lain. Dia mungkin bekerja dengan seseorang untuk mendapat pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan buat suatu jangka masa yang pendek dan kemudian akan menjalankan perusahaan sendiri.

11) Mempunyai daya kepemimpinan dengan mengutamakan kepemimpinan dengan mengutamakan sifat mengasuh dan mendidik
Kesanggupan mengetuai dan mengawasi sesuatu usaha sehingga pekerja di bawah organisasinya boleh bekerja tanpa dipantau.

12) Bersikap sedia menerima tanggungjawab
Kesanggupan memikul tanggungjawab kepada sebarang usaha dari segi moral, mental dan undang-undang. Dia lebih berorientasikan kemanusiaan daripada kepentingan diri. Dia bersedia memenuhi permintaan pelanggannya.

13) Berorientasikan ganjaran atau habuan
Keinginan mendapat ganjaran hasil daripada usaha dan ikhtiar. Ganjaran paling utama ialah dalam bentuk wang. Tetapi boleh juga diambil dalam bentuk pengiktirafan, pangkat, nama, anugerah dan rasa hormat.

14) Berorientasikan kecemerlangan
Meletakkan sasaran pencapaian sesuatu yang luar biasa yang dapat memberi kebanggaan.

15) Bersemangat organisasi
Seorang usahawan mampu membawa semua komponen perniagaan termasuk sumber tenaga manusia (personel atau kakitangan) ke arah kejayaan. Dia juga mampu mempengaruhi orang lain untuk menyokong dan membantu usahanya.

16) Berorientasi keuntungan
Seorang usahawan bijak mentaksir harga. Dia mempunyai keinginan untuk mendapat apa jua bentuk ganjaran. Bagaimanapun, keuntungan cuma merupakan kayu pengukur tahap kejayaan dan pencapaian. Ketika melantik Malik bin al-Haris menjadi gabenor di Mesir, Sayidina Ali k .w.h. berkata, “Menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat.”

17) Bertakwa kepada Allah s.w.t.
Bertakwa kepada Allah s.w.t. dengan mengangkat-Nya menjadi Petunjuk, Pembimbing dan Pemerhati kepada aktiviti perniagaan kita.

*so, bukan mudah sebenarnya nak jadi usahawan...banyak ilmu yang perlu dipelajari lagi nie..*

"Ya Allah, kau permudahkan lah usaha hambamu ini" Amin...

Monday, May 17, 2010

Profil Psikososial Usahawan Terbilang

Sentiasa jujur.
Telus dalam sebarang tindakan.
Berdisiplin tinggi.
Sistematik dalam melaksanakan kerja.
Mesra kepada pelanggan.
Suka berjumpa dengan semua orang.
Mendapat sokongan padu daripada pasangan.
Sanggup dan sentiasa bekerja lebih.
Memiliki bakat semula jadi.
Cinta kepada alam perniagaan.
Mampu menjadi ketua yang berkualiti.
Mempunyai daya saing yang tinggi.
Peka perbezaan antara rahmat dan istidraj.
Pandai mengurus diri serta cekap mengurus perniagaan.
Bersedia membantu orang lain.
Tidak mementingkan diri sendiri.
Patuh perintah Allah s.w.t.
Sentiasa ceria dan bermotivasi tinggi.
Faham dan mengamalkan kaedah membuka pintu-pintu rezeki.

daripada kit bisnes STORMREADERS Network Sdn. Bhd.

Thursday, May 13, 2010

oh ilmu....

oh ilmu...ibarat lautan luas yang tidak bertepi. semakin jauh kita berenang untuk menerokanya, maka semakin banyak yang kita tidak ketahui....

oh ilmu...ia mampu mengeluarkan seseorang daripada kegelapan untuk mencari sinar kehidupan....dari kemunduran kepada era globalisasi yang semakin canggih....

"Jika kamu inginkan kejayaan didunia, hendaklah ia dengan ilmu...
jika kamu inginkan kejayaan diakhirat, hendaklah ia dengan ilmu....dan
jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya, hendaklah juga dengan
ILMU"
Imam Syafi'e

ILMU = filter kepada kejahilan, ubat kepada hati, makanan kepada minda

Tuesday, May 11, 2010

mencari ilmu perkahwinan

salam...
sebenarnya saya baru je nk bgtau yang saya dah attend kursus praperkahwinan bersama tunang tersayang pada 1&2 hb Mei....sebagai persediaan menempuh gerbang perkahwinan...



ye lah..plan nak pegi awal thn ari tue tp masing2 pun busy kn..saya ngn kelas pos basic (on the way to be Psychiatric Nursing Specialist)...my dear fiancee lak ngn intranya..so, x dapek la nak pegi kn...so, bila my dear dah abis intra leh ar pegi...saya kursus kat Jay Bee je...so dekat je la kan...my dear tue je yg jauh...nun di Puchong sana...
suma nya ok sepanjang kursus praperkahwinan tue...penceramah pun sempoi2 je..mmg lawak x hingat ar..biasa ar kn wong Jowo..lawaknya ader la terselit unsur2 kan...

mcm2 ilmu perkahwinan yang kitorang dapat...Munakahat..akhlak..ibadat..Modul Sakinah n macam2 lagi ar...
yang paling x leh nk lupa seloroh sorang penceramah tue..Rukun Nikah nie dah tambh lagi 1 dah...Sijil Kursus Praperkahwinan...hahahaha....selamba jer dia ckp mcm tue...

nie baru langkah pertama yang kitorang bt..so, lps nie bakal menyusul langkah2 untuk menuju ke gerbang perkahwinan kami nie...doakan lah ianya diberkati olehNya...insyaAllah...

sambil2 nak menuju ke gerbang nie...x lupa untuk dibaca oleh semua yang bakal n baru je masuk ke alam perkahwinan untuk meningkatkan ilmu berkaitannya melalui pembacaan bahan ilmiah yang berkaitan...

1)Menempuh Gerbang Perkahwinan


2)Doa menjadi pengantin baru




dan saya beli suma nie kat kedai maya saya sendiri...untuk rujukan diri sendiri...