Thursday, June 24, 2010

Senarai Top 10..

SENARAI TOP SELLING 

ini lah Jualan Buku Terlaris dlm kedai buku online saya bagi bulan Mei (top 10)

1. Indahnya Hidup Bersyariat
Dato' Hj Ismail Kamus

2. Doa & Zikir Harian
Haji Zahazan Mohamed

3. Majalah Solusi Isu 19 - Hikmah Musibah

4. Majalah Solusi Isu 17- Membina Keyakinan Diri.

5. Majalah Solusi Isu 20 - Belajar daripada Alam

6. Majalah Solusi Isu 18 - Disebalik Iqra
7. Zikir Pagi Petang (Rumi)
Dr Abd Basit Abdul Rahman
8. Majalah Solusi Isu 1- Kerana Rezeki Masuk Neraka

9. Al-Mathurat
AL IMAM AL SYAHID HASAN AL BANNA
10. Fomula Solat Sempurna
Ust Zaharuddin Abd Rahman

*p/s: dapatkan juga buku lain terbitan Telaga Biru & Stormreaders Network di e-store

**p/s: sekiranya anda ingin Menambah Pendapatan disamping Menambah Ilmu,boleh la klik link

Wednesday, June 23, 2010

"MENEROBOS SEMPADAN DIRI"-2

"Jika tidak Dipecahkan Ruyung,Manakan dapat Sagunya"

Orang yang cemerlang akan sentiasa berusaha mencari kunci-kunci utama untuk membuka pintu sempadan diri yang terkunci rapat..
mereka ini tidak akan berhenti mencari dan akan tetap mencari..

Jika kita tidak pecahkan tembok penghalang yang menghalang kita untuk menggarap kejayaan,maka kita tidak akan dapat berdiri di atas arca kemenangan..


Tembok Penghalang yang akan sentiasa memagari jalan kearah kejayaan:
  1. Ingkar perintah Tuhan.
  2. Dididik menjadi Ala-Kadar.
  3. Takut diKritik.
  4. Takut Gagal.
  5. Matlamat yang Kabur.
  6. Jahil.
  7. Kekurangan Sumber..
  8. Bodoh Sombong.
  9. Pentingkan diri Sendiri.
  10. Mudah Patah Semangat.
  11. TerGesa-gesa Mahukan Hasil.
  12. Kurang Berdoa.
hasilan dari bacaan ilmiah...

Sunday, June 20, 2010

"MENEROBOS SEMPADAN DIRI"-1

Setiap insan yang dilahirkan mampu untuk mencapai impiannya walau bagaimana tinggi sekalipun impian itu..
Akal dan minda manusia tidak ada batasnya..

Pada hari ini,kita berhadapan dengan dunia tanpa sempadan..Semua orang mampu meneroka 4 penjuru dunia dalam sekelip mata dengan terciptanya pelbagai hasilan..

Sekiranya kita hendak mencapai segala impian ini, maka hati hendaklah bercita-cita besar hingga mampu membawa jasad kita terbang..

Mencari Jalan untuk Menerobos Sempadan Diri...

"Apabila Rasa untuk Berubah itu sudah Ada, Jalan ke Arah Perubahan akan menjadi Lebih Jelas"

Tips untuk berubah:
  • Lihat kejayaan yang telah dicapai oleh orang yang paling hampir dengan kita.
  • Analisa kehinaan yang kita hadapi jika kita tidak berubah.
  • Lihat kemajuan yang dicapai oleh orang yang lebih muda daripada kita.
  • Wujudkan keinginan untuk memiliki harta benda seperti kereta yang hebat, rumah yang hebat dan komputer yang canggih.
  • Wujudkan keinginan untuk pergi melancong ke luar negara.
  • Kenangi kisah silam yang terdapat kekurangan ketika muhasabah diri.
  • Berdoa kepada Tuhan agar hati kita didorong untuk berubah..
 hasilan dari bacaan ilmiah....

Saturday, June 19, 2010

Kamus dalam Komputer

Kamus Untuk Pengguna Komputer


Penggunaan kamus secara berterusan secara tidak langsung dapat meningkatkan
penguasaan bahasa seseorang. Kekerapan membuat semakan akan dapat membuatkan
kita dapat mengingati makna dan maksud sesuatu perkataan dengan lebih mudah,
khususnya dalam bahasa asing. Namun demikian, untuk membawa kamus ke sana dan
ke sini adalah meremehkan bagi kebanyakan orang. Bagi pengguna komputer, khususnya internet saban hari kita akan terjumpa dengan perkataan-perkataan baru ketika sedang melayari internet. Sayangnya kita tidak dapat memanfaatkan penemuan perkataan-perkataan baru tersebut untuk menambahkan perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa kita. Ini disebabkan remehnya hendak membuat semakan di dalam kamus kerana kita terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa -
           mengendalikan komputer dan membuat semakan di dalam kamus buku.



Menyedari hakikat ini sebuah syarikat Bumiputera, iaitu Alaf Teras telah
memperkenalkan perisian e-Kamus pertama pada tahun 2000. Kini setelah 10
tahun berkecimpung membangunkan perisian e-kamus, e-Kamus 5.02 adalah merupakan
versi paling terkini dan sofistikated dengan kemampuan mencari makna perkataan
secara gerakan tetikus dan juga dwiklik. Ini adalah fungsi yang menarik di mana
pengguna tidak perlu menaip huruf untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan -
cukup dengan gerakan tetikus atau dwilik pengguna akan melihat makna perkataan
dengan hampir serta-merta di tetingkat khas e-Kamus 5.02 yang muncul. Pada masa
yang sama pengguna dapat menentukan sendiri jenis kamus yang mereka ingin guna
setiap kali menghidupkan perisian.


Perisian e-kamus 5.02 turut didatangkan dengan pelbagai pilihan jenis kamus yang semestinya menepati keperluan anda. Pada masa ini terdapat 17 jenis kamus yang anda boleh gunakan termasuk kamus-kamus istilah. Selain daripada itu perisian e-Kamus 5.02 juga mempunyai mempunyai penyemak ejaan Bahasa Melayu yang akan dapat berintegrasi dengan MS Words apabila perisian ini dipasang di komputer anda. Penyemak ejaan ini akan menandakan perkataan yang tersalah eja dan akan memberikan perkataan-perkatan cadangan. 

Jika anda seorang yang kerap menaip dan menyediakan dokumen dalam Bahasa Melayu, e-Kamus 5.02 juga adalah merupakan pilihan yang tepat untuk anda.



Maklumat lanjut mengenai perisian e-Kamus 5.02 boleh didapati di laman web E-Kamus-Malaysia.com

Anda juga boleh terus ke laman web tersebut dengan mengikuti pautan di bawah ini.

Saturday, June 12, 2010

exam...oh..exam.........

berakhirlah exam kumulatif I utk kursus Pos Basik nie...
tandanya habis gak ar Blok I...


menyusul pulak Blok II;Kelas 3 minggu n msk balik posting...
mintak2 la Blok II nie akan menjadikan diri lebih baik n lebih rajin...
dan yang penting x ponteng...

Thursday, June 3, 2010

PANDUAN UNTUK PENGANTIN BARU

NIKAH atau KAHWIN adalah perkataan seerti yang membawa makna "suatu akad yang menghalalkan hubungan antara lelaki(suami) dan wanita(isteri)". Selepas berlangsungnya akad nikah, suami isteri bebas melakukan apa sahaja untuk hubungan termasuklah hubungan kelamin. (petikan dari buku 'Soal Jawab remeh temeh tentang Nikah Kahwin')

Hukum Nikah

  • Wajib bagi mereka yang mampu zahir dan batin bagi menambah ketakwaan serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.
  • Haram bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.
  • Sunat bagi mereka yang mampu zahir dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya daripada melakukan zina.
  • Makruh bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan jenis.
  • Harus bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya untuk berkahwin.

Bahan yang boleh dijadikan rujukan dalam menempuh alam rumahtangga yang mencabar...



Bagi menjadi pasangan suami isteri yang sentiasa bahagia dan dirahmati Allah..
InsyaAllah......

dapatkan segera koleksi perkahwinan impian ini di e-Store...

p/s:sekiranya anda berhajat untuk menambahkan pendapatan boleh la klik di sini
pelan tambah pendapatan

Tuesday, June 1, 2010

KOLEKSI MOTIVASI





di antara buku motivasi yang boleh didapati di e-Store saya