Friday, July 16, 2010

Saturday, July 3, 2010

ADAB-ADAB BERDOA..

Doa yang Konsisten adalah salah satu Kaedah untuk Menerobos Sempadan Diri..
Doa-doa yang positif akan membuat kehidupan lebih ceria dan cemerlang sepanjang hari...
InsyaAllah...

ADAB-ADAB BERDOA:
  1. Berdoa dalam keadaan Berwuduk serta Bersih daripada Hadas/Najis.
  2. Memulakan Doa dengan Bismillah, Memuji Allah serta Selawat keatas Rasullullah.
  3. Menghadap Kiblat.
  4. Memohon Ampun dengan Merendah Diri dan Mengakui Kelemahan Diri dan Dosa.
  5. Berdoa dengan penuh Kesungguhan serta Memahami Isi Kandungan Doa.
  6. Berdoa dengan penuh Khusyuk, Tawaduk dan Merendah Diri.
  7. Mendahulukan doa untuk Diri Sendiri sebelum berdoa untuk yang lain.
  8. Ulangi 3 kali bagi Hajat yang lebih Berat.
  9. Menghindari Diri daripada yang Ditegah oleh Agama samada Makanan, Minuman, Pakaian atau yang lain-lainnya.
  10. Berdoa untuk umum Kaum Muslimin dan Muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Oleh itu, marilah kita sentiasa berdoa kepada-Nya agar dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat..

hasilan dari bacaan ilmiah...
"Menerobos Semapadan Diri"

KUNCI KEJAYAAN...

KUNCI KEJAYAAN DUNIAWI & UKHRAWI...

  • Kunci Solat ialah Taharah..
  • Kunci Ibadah Haji ialah Ihram..
  • Kunci Kebaikan ialah Benar..
  • Kunci Syurga ialah Tauhid..
  • Kunci Ilmu ialah Bertanya dan Mendengar..
  • Knuci Kemenangan ialah Sabar..
  • Kunci Tambahnya Nikmat ialah Syukur..
  • Kunci Keselamatan Dunia Akhirat ialah Takwa..
  • Kunci Terkabul Permintaan ialah Doa..
  • Kunci Maksiat ialah Sombong..
*inilah jenis-jenis kunci yang mampu membuka pintu kejayaan duniawi dan ukhrawi..

hasilan bacaan ilmiah..
"Menerobos Sempadan Diri"

Friday, July 2, 2010

"MENEROBOS SEMPADAN DIRI" - 3

Menerobos Sempadan Diri 
membawa maksud 
Meroboh Sempadan-sempadan yang Menghalang Diri 
daripada Mengecapi Kejayaan yang Hakiki..

Kejayaan yang Hakiki
adalah...
Kejayaan Merangkumi di Dunia dan Akhirat

tetapi...
Bagaimanakah caranya utk Mengecapi Kejayaan yang Hakiki ini?

Petua-petua Menerobos Sempadan Diri...
(Apabila Terperangkap didalam 'Gua' Diri, Gunakan Petua ini untuk Keluar Darinya)
  1. Patuh Perintah Allah = pertolongan Allah bersama-sama dengan orang yg menyempurnakan perintah-Nya.
  2. Doa yang Konsisten = berdoalah walau dimana sahaja berada kerana itu tanda wujudnya hubungan dengan Allah.
  3. Bijak Mengaplikasi Kehebatan Diri = berusahalah mencungkil kehebatan diri, nescaya terungkailah segala kelemahan diri.
  4. Membentuk Matlamat yang Jelas = matlamat yang jelas adalah doa;dan doa yang jelas akan lebih mudah dimakbulkan oleh Allah.
  5. Kerja yang Berkualiti = kerja-kerja yang dilakukan mengikut standard Allah akan mencapai kejayaan yang tertinggi.
  6. Baiki Diri dan Seru Orang Lain = urus diri sendiri terlebih dahulu dan dalam masa yang sama serulah orang lain juga.
  7. Bentuk Suasana yang Memberangsangkan = suasana perlulah dirancang oleh manusia bukan suasana yang merancang manusia.
  8. Motivasikanlah Orang Lain = rangsanglah orang lain;moga-moga Allah akan memberi rangsangan kepada kita semula.(rangsang dengan kata-kata dan perbuatan)
  9. Hormati Orang Lain = orang lain akan menghormati kita sekiranya kita menghormati orang lain.
  10. Tingkatkan Produktiviti = Allah mengasihi hamba-hamba-Nya yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan terbaik.
hasilan dari bacaan ilimah...

dapatkan lagi petua-petua Menerobos Sempadan Diri dari buku ini: