Wednesday, January 11, 2012

Formula Kesihatan Kewangan

Formula untuk Kesihatan Kewangan

Kewangan juga memerlukan tahap kesihatan yang tinggi seperti pentingnya kesihatan tubuh badan.
Kewangan yang sihat akan menjamin fizikal & mental yang lebih sihat

Antara Formula Kesihatan Kewangan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian bagi menjamin kesihatan yang optimum:

1) Merekod setiap Perbelanjaan yang dilakukan seharian walaupun sekecil mana
2) Sentiasa Memberi. Ia adalah 1 aktiviti penuh keajaiban yang mana akan memberi lebih banyak rezeki, 
InsyaAllah
3) Bayar Diri Sendiri sebelum Membayar Pihak lain; bayarlah seberapa yang boleh even RM1 sehari.
4) Jangan Belanja apa yang Tidak Dimiliki

Sunday, January 8, 2012

Kursus Kewangan Kilat

Kursus Kewangan Kilat

ianya adalah diasaskan daripada Kaedah sebenar yang digunakan oleh Perancang Kewangan Bertauliah

7 Langkah dalam Kursus Kewangan Kilat: 
Langkah 1:
Menentukan Kedudukan Kewangan sekarang

Langkah 2:
Menetapkan Matlamat Kewangan sendiri

Langkah 3:
Menyediakan Rancangan / Hala Tuju

Langkah 4:
Menyimpan semua Rekod Perbelanjaan & Pembelian

Langkah 5:
Menyediakan Belanjawan

Langkah 6:
Membaikpulih (repair) Hutang-piutang

Langkah 7:
Pemantauan setiap Langkah diatas

petikan daripada:

Pilihan Pelabur Bijak












Saturday, January 7, 2012

Kesilapan Kewangan

Kesilapan Kewangan yang Mungkin Kita x Perasan

  1. Sentiasa menangguh untuk memulakan Sistem Perancangan:
    1. ini adalah antara kesilapan yang paling besar sekali. saya juga x terlepas dengan perkara ini dulu
  2. Gagal menetapkan Matlamat Kewangan dan Cara Mencapainya
    1. "gagal untuk merancang adalah sebahagian dari rancangan untuk kegagalan
  3. Kurangnya Disiplin untuk Menabung
  4. Kejahilan tentang Konsep Nilai Wang
  5. Perlindungan Insurans yang Tidak Mencukupi
    1. insurans adalah amat penting; sebelum menyertai atau membeli mana2 polisi insuran pastikan anda mengenalpasti segala keperluan insuran anda sendiri. Saya sudah ada, anda bila lagi
  6. Kegagalan menangani Inflasi
  7. Keengganan untuk menggunakan perkhidmatan Penasihat Kewangan Bertauliah contohnya AKPK
petikan daripada: Pilihan Pelabur Bijak












p/s: Semoga kita tidak melakukan semua kesilapan nie, atau jika pernah, moga2 kita dapat perbaiki diri

Pilihan Pelabur Bijak

masa saya pegi updatae buku ASB untuk tahu dividen+bonus 2011
tempoh hari...

saya ternampak buku yang agak menarik nie..

Keluaran Istimewa untuk Pemegang Unit ASNB
dengan kerjasama Mingguan Wanita

Tuesday, January 3, 2012

Mencapai Matlamat

sempena Tahun 2012 yang baru menjengah..

ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi dari 
seorang Jutawan 

Langkah-langkah Mencapai Matlamat:

1) Keinginan yang kuat & tinggi
2) Keyakinan yang tinggi & realistik
3) Tuliskan matlamat yang diingini dengan terang & jelas
4) Senaraikan kebaikan yang akan dikecapi dengan matlamat yang baru ini
5) Cerminkan diri sendiri untuk menilai tahap kebolehan sebenar
6) Tetapkan 'deadline' untuk setiap matlamat
7) Kenalpasti setiap rintangan yang ada
8) Ilmu tambahan yang diperlukan untuk mencapai matlamat
9) Perancangan yang baik & teliti
10) Bina gambaran dengan cara berimaginasi

ps: Semoga segala matlamat kita akan tercapai....

Monday, January 2, 2012

Selamat Datang 2012..

SELAMAT DATANG 2012
SELAMAT TINGGAL 2011

semoga yang datang akan lebih baik dari yang pergi
semoga yang datang lebih memberi pengertian dari yang pergi
semoga yang datang akan sentiasa menyinari

Semoga 2012 menjadikan kita lebih baik dari 2011
semoga hidup lebih diberkati oleh Allah sepanjang 
2012..