Saturday, January 7, 2012

Pilihan Pelabur Bijak

masa saya pegi updatae buku ASB untuk tahu dividen+bonus 2011
tempoh hari...

saya ternampak buku yang agak menarik nie..

Keluaran Istimewa untuk Pemegang Unit ASNB
dengan kerjasama Mingguan Wanita

Tuesday, January 3, 2012

Mencapai Matlamat

sempena Tahun 2012 yang baru menjengah..

ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi dari 
seorang Jutawan 

Langkah-langkah Mencapai Matlamat:

1) Keinginan yang kuat & tinggi
2) Keyakinan yang tinggi & realistik
3) Tuliskan matlamat yang diingini dengan terang & jelas
4) Senaraikan kebaikan yang akan dikecapi dengan matlamat yang baru ini
5) Cerminkan diri sendiri untuk menilai tahap kebolehan sebenar
6) Tetapkan 'deadline' untuk setiap matlamat
7) Kenalpasti setiap rintangan yang ada
8) Ilmu tambahan yang diperlukan untuk mencapai matlamat
9) Perancangan yang baik & teliti
10) Bina gambaran dengan cara berimaginasi

ps: Semoga segala matlamat kita akan tercapai....

Monday, January 2, 2012

Selamat Datang 2012..

SELAMAT DATANG 2012
SELAMAT TINGGAL 2011

semoga yang datang akan lebih baik dari yang pergi
semoga yang datang lebih memberi pengertian dari yang pergi
semoga yang datang akan sentiasa menyinari

Semoga 2012 menjadikan kita lebih baik dari 2011
semoga hidup lebih diberkati oleh Allah sepanjang 
2012..

Wednesday, August 3, 2011

Hebatnya Kurma

Salam Ramadhan al-Mubarak

sempena Ramadhan yang mulia ini..
ingin saya kongsikan sedikit info yang saya dapat hasilan dari bacaan

Kurma..
antara makanan yang disunatkan dimakan dahulu ketika ingin berbuka puasa
setelah meminum air masak..

Makanan Ideal untuk Tubuh:
ini kerana Kurma sangat kaya dengan zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Ia membekalkan pelbagai zat yang dapat diserap dengan mudah oleh sistem tubuh badan:
Glukosa, fruktosa, protein, lemak vitamin A,B2 & C
kalsium, potassium, fosforus, magnesium, sodium & florin
adalah antara mineral dan zat yang terdapat dalam kurma

Sunnah semasa Berbuka:
Semasa berbuka, disarankan untuk berbuka dengan kurma bertepatan dengan saranan oleh Rasullullah s.a.w
ini kerana telah terbukti bahawa kurma membekalkan sumber tenaga segera kepada manusia..
membantu mengawal pemakanan agar tidak berlebihan

Mineral untuk Tubuh Badan:
Proteinnya dibina daripada 23 jenis asid amino
Florin & kalsium baik untuk kesihatan gigi dan tulang
Magnesium yang tinggi & selenium mampu mencegah penyakit kanser

Khasiat-khasiat lain:
1) Baik dimakan oleh ibu yang mengandung kerana membekalkan vitamin B6, asid folik, kalium & magnesium
2) digunakan untuk tahnik (Belah Mulut) iaitu sunnah yang diamalkn oleh Rasullullah yang mana bayi yang baru lahir digosokkan kurma di lelangitnya 

p/s: Marilah kita mengamalkan kurma sebagai salah satu sunnah semasa berbuka dan boleh diamalkan dalam kehidupan harian setelah tamatnya Ramadhan nanti..

Ahlan Wasahlan..

Wednesday, June 15, 2011

Sesi perkongsian Ilmu

CME
PPP

apa tue?

CME ialah singakatan bagi Continous Medical Education
iaitu sesi perkongsian ilmu yang berkaitan bidang perubatan secara berterusan.

PPP lak ialah singkatan bagi Penolong Pegawai Perubatan,
iaitu salah satu jawatan yang diwujudkan didalam Kementerian Kesihatan Malaysia
secara separa perubatan @ paramedics

di tempat saya bertugas iaitu Hospital Melaka,
program ini turut dijalankan
iaitu pada setiap bulan


CME oleh Ku...

sebagai salah seorang PPP yang berkhidmat di Hospital Melaka, program CME ini turut melibatkan saya..
bagi mewakili jabatan yang mana saya bertugas kini iaitu...
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental

tajuk yang saya sampaikan ialah 
'Penjagaan Pesakit Agresif di Wad"
slot yang diberi x berapa nk lama sgt la..lebih kurang sejam..
Alhamdulillah, saya dapat jugak menyampaikan ilmu yang ada dengan jayanya..
walaupun perasaan nervous tue menebal dlm diri sebelum bermulanya sesi nie...

p/s: nie adalah sesi talk saya yang kedua..
nasib baik la tajuk yang sama jek...hehehe...

Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya..