Wednesday, June 15, 2011

Sesi perkongsian Ilmu

CME
PPP

apa tue?

CME ialah singakatan bagi Continous Medical Education
iaitu sesi perkongsian ilmu yang berkaitan bidang perubatan secara berterusan.

PPP lak ialah singkatan bagi Penolong Pegawai Perubatan,
iaitu salah satu jawatan yang diwujudkan didalam Kementerian Kesihatan Malaysia
secara separa perubatan @ paramedics

di tempat saya bertugas iaitu Hospital Melaka,
program ini turut dijalankan
iaitu pada setiap bulan


CME oleh Ku...

sebagai salah seorang PPP yang berkhidmat di Hospital Melaka, program CME ini turut melibatkan saya..
bagi mewakili jabatan yang mana saya bertugas kini iaitu...
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental

tajuk yang saya sampaikan ialah 
'Penjagaan Pesakit Agresif di Wad"
slot yang diberi x berapa nk lama sgt la..lebih kurang sejam..
Alhamdulillah, saya dapat jugak menyampaikan ilmu yang ada dengan jayanya..
walaupun perasaan nervous tue menebal dlm diri sebelum bermulanya sesi nie...

p/s: nie adalah sesi talk saya yang kedua..
nasib baik la tajuk yang sama jek...hehehe...

Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya..

Wednesday, May 25, 2011

Mencari Lelaki Sebenar

MENCARI LELAKI SEBENAR
(ruangan Santapan Rohani)
MASKULIN-Vol 117

semua lelaki pasti inginkan isteri yang mempunyai kriteria yang hampit sempurna..
tetapi boleh kah diorang sendiri menjadi sempurna...
dalam ruangan Santapan Rohani yang saya baca kat Maskulin
nie antara kriteria & tanggunggjawab seorang lelaki
sebagai
ayah, anak lelaki, suami, datuk, sahabat atau Muslim

- Lelaki sebagai Ketua
- Lelaki sebagai Pembimbing Agama
- Lelaki sebagai Orang yang Adil
- Lelaki sebagai Penyumbang Nafkah
- Lelaki sebagai Pelindung

so, sebenarnya bukan mudah menjadi lelaki sebenar...
jangan lah hanya menjadi lelaki pada nama & jantina sahaja

Be a Gentleman is not an Easy Things..... 

Monday, May 23, 2011

MEMBINA KEYAKINAN DIRI

6 CARA MEMBINA KEYAKINAN DIRI
( Ruangan Irfan Khairi.com)
MASKULIN Vol. 117

salah 1 cara untuk meningkatkan kejayaan 
adalah dengan 
Membina Keyakinan Diri...

serba sikit kaedah yang dapat saya kongsi melalui ruangan Irfan Khairi:
1) Menyeru Keberanian dalam Diri
2) Melihat Gambar-gambar Lama
3) Menulis Keyakinan Diri
4) Bersenam dan Menjaga Kesihatan
5) Mengetahui bahawa Orang Lain juga Sama
6) Menghargai Pencapaian yang Kecil

6 kaedah ini harus digunakan untuk membina keyakinan diri sendiri...
agar orang lain juga YAKIN dengan anda... 

Wednesday, May 18, 2011

Sabar Itu Indah....

Marah itu Mudah, Sabar itu Indah
(tajuk Solusi, Isu 31)

dari segi bahasa, Sabar bererti menahan atau mengekang. 
dari praktikalnya pula, sabar bererti menahan atau mengekang diri daripada keluh kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai...

Langkah Praktiskan Sabar...
- Bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada sesuatu musibah
-segera mengingati Allah dan memohon keampunan-Nya
- tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain
- cari punca masalah, sediakan alternatif dan bertindaklah menyelesaikannya

Musuh Sabar..
- tergesa-gesa
- berputus asa
- marah

Berbaloinya Bersabar
- sumber kejayaan
- ganjaran berganda
- kepimpinan dan keyakinan
- golongan yang bersama-sama Allah
- salah 1 cara pertolongan drpd Allah
- beroleh Maghfirah
- disukai Allah
- dipuji Allah
- ucapan salam drpd Malaikat ke atas org yg bersabar

Semoga saya dan kita semua sentiasa menjadi org2 yang sabar dalam menghadpi setiap ujian dan dugaan Allah...
sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Insya-Allah......


Tuesday, May 17, 2011

ALHAMDULILLAH...SUKSES!!!!

(bersangkutan dengan post sebelum nie)


alhamdulillah...
setelah hampir 2 minggu kepala berserabut ngn 1st talk...
akhirnya selesai sudah..
n...
Alhamdullillah...SUKSES!!!

dengan berkat doa yg tersayang...
akhirnya sukses sudah...

talk Bertajuk "Penjagaan Pesakit Suicidal / Agresif di Wad"
bertempat di 'Auditorium Sri Baiduri, Hospital Melaka'
anjuran 'Bahagian Kejururawatan'
 
dan sedikit penghargaan dari Pihak Urusetia


apa agaknya isinya ek?

ta da....
pendrive 
yang akan berguna nanti...

p/s: tapi sampai skang saya masih pelik,kenapa saya yang dijemput untuk bagi talk kepada jururawat..saya bukan jururawat pun..saya Penolong Pegawai Perubatan U29 jek...
pelik!!!pelik!!!