Friday, July 2, 2010

"MENEROBOS SEMPADAN DIRI" - 3

Menerobos Sempadan Diri 
membawa maksud 
Meroboh Sempadan-sempadan yang Menghalang Diri 
daripada Mengecapi Kejayaan yang Hakiki..

Kejayaan yang Hakiki
adalah...
Kejayaan Merangkumi di Dunia dan Akhirat

tetapi...
Bagaimanakah caranya utk Mengecapi Kejayaan yang Hakiki ini?

Petua-petua Menerobos Sempadan Diri...
(Apabila Terperangkap didalam 'Gua' Diri, Gunakan Petua ini untuk Keluar Darinya)
  1. Patuh Perintah Allah = pertolongan Allah bersama-sama dengan orang yg menyempurnakan perintah-Nya.
  2. Doa yang Konsisten = berdoalah walau dimana sahaja berada kerana itu tanda wujudnya hubungan dengan Allah.
  3. Bijak Mengaplikasi Kehebatan Diri = berusahalah mencungkil kehebatan diri, nescaya terungkailah segala kelemahan diri.
  4. Membentuk Matlamat yang Jelas = matlamat yang jelas adalah doa;dan doa yang jelas akan lebih mudah dimakbulkan oleh Allah.
  5. Kerja yang Berkualiti = kerja-kerja yang dilakukan mengikut standard Allah akan mencapai kejayaan yang tertinggi.
  6. Baiki Diri dan Seru Orang Lain = urus diri sendiri terlebih dahulu dan dalam masa yang sama serulah orang lain juga.
  7. Bentuk Suasana yang Memberangsangkan = suasana perlulah dirancang oleh manusia bukan suasana yang merancang manusia.
  8. Motivasikanlah Orang Lain = rangsanglah orang lain;moga-moga Allah akan memberi rangsangan kepada kita semula.(rangsang dengan kata-kata dan perbuatan)
  9. Hormati Orang Lain = orang lain akan menghormati kita sekiranya kita menghormati orang lain.
  10. Tingkatkan Produktiviti = Allah mengasihi hamba-hamba-Nya yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan terbaik.
hasilan dari bacaan ilimah...

dapatkan lagi petua-petua Menerobos Sempadan Diri dari buku ini:

No comments: