My BirthPlaces....Kluang

KLUANG

Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 250,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 140,000 penduduk. Koordinat geografinya ialah: 2°2′01″U, 103°19′10″T



Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya

Geografi


Kluang berada di sebuah kawasan yang beralunan bukit. Titik tertinggi di Kluang ialah puncak Gunung Lambak, sebuah gunung yang tingginya 510m dan juga salah satu gunung yang paling selatan di banjaran utama Malaysia.

Kemudahan
  • Kemudahan Sukan:Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kluang
  • Kemudahan Kesihatan: Kluang mempunyai sebuah Hospital Daerah terletak di Jalan Hospital yang dilengkapi dengan 244 katil untuk kemudahan pesakit. Kluang juga mempunyai beberapa buah pusat kesihatan.
  • Kemudahan Keselamatan: Kluang mempunyai sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Jalan Sekolah. Terdapat enam buah Balai Polis iaitu Balai Polis Kluang, Balai Polis Kahang, Balai Polis Kampong Gajah, Balai Polis Sungai Lalang, Balai Polis Layang-layang dan Balai Polis Paloh manakala Pondok-pondok Polis pula terdapat di Chamek, Niyor, Ulu Belitong, Bukit Permai dan Kluang Baru.
  • Kemudahan lain: Perpustakaan Awam, Pejabat Pos, Balai Bomba, Perkhidmatan Agensi-agensi Kerajaan lain

Pelancongan


Di Kluang juga terdapat pelbagai tempat pelancongan
  • Gunung Lambak
  • Gunung Belumut (UNESCO)
  • Kolam Renang Taman Kluang Barat
  • Taman Rekreasi MARDI

Pusat membeli-belah


  • Kluang Mall
  • Kluang Mart
  • Kluang Parade
  • Plaza BCB
  • Giant (Kluang Parade, Taman Intan & Taman Kluang Barat)
  • The Store
  • Pacific (Kluang Mall)
  • Song Mart
  • Parkson (Kluang Parade)

Hotel


  • Prime City Hotel/Prime City Hotel
  • Hotel Anika
  • Hotel Milano
  • Hotel Kluang Baru

"Roti Bakar Kluang @ Kluang Rail Coffee"

Nama Kluang tidak akan lengkap jika tidak disebut mengenai 'Roti Bakar Kluang' yang amat sinonim dengan bandar ini. Kedai ini terletak di Stesen Keretapi Kluang sendiri, dan telah memulakan operasi sejak 1938 lagi! Setelah 3 keturunan, cawangan 'Kluang Rail Coffee' telah dibuka di beberapa tempat di sekitar Lembah Klang / Melaka. Namun, pembukaan cawangan lain tidak mampu menandingi keaslian roti bakar di Stesen Keretapi Kluang, Johor.

 mengenai Kluang:

Sejarah Kluang

my 1st Secondary school

my 2nd Secondary School