siapa saya??

salam perkenalan
salam perkenalan dan selamat berkongsi ilmu...
sebelum lebih banyak kita berbicara mengenai ilmu yang akan dikongsi bersama..izinkan saya memperknalkan diri saya sendiri...(tak kenal maka tak cinta, tapi jangan sampai bercinta dah la sbb saya bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dengan gadis idaman saya)

nama yang telah diberikan oleh abah dan mak saya ialah Azazee bin Sukimi..saya dilahirkan pada tanggal 26 mei 1983 di hospital kluang, johor..Saya telah dibesarkan di daerah Kluang ini di sebuah kampung yang mungkin terletak di tengah2 daerah kluang iaitu Kg. Tengah Dalam,86000, Kluang, Johor (tapi rasanya mcm tak tengah sangat pun)
telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Keb. Seri Kg. Tengah sehingga darjah 6 dan seterusnya melangkau ke Tingkatan 1 di Sek. Tinggi Kluang..meneruskan pendidikan di Sek. Menengah Teknik Kluang sehingga Tingkatan 5..mendapat Diploma Pembantu Perubatan dari Kolej Pembantu Perubatan Alor Star, Kedah pada tahun 2006 setelah bertungkuslumus menelaah buku yang berkaitan dengan Basic Perubatan...

kini, berkhidmat di Hospital Melaka sebagai Penolong Pegawai Perubatan (nama lamanya-Pembantu Perubatan), baru msk tahun ke-4...disebabkan minat yang mendalam dalam bidang Psikiatri dan Kesihatan Mental, saya mengikuti kursus Pos Basic (pengkhususan) Perawatan Psikiatri yang mana byk menemukan saya dengan pelbagai kerenah manusia yang pada zahirnya kita lihat normal tetapi ada kecelaruan dalam jiwanya...

minat dalam berniaga telah diterapkan oleh Abah sewaktu saya bersekolah menengah lagi yang mana Abah menggalakkan saya untuk membantunya berniaga di Stesyen Bas Kluang...saya telah meneruskan kesinambungan perniagaan Abah setelah tamatnya SPM..setelah berniaga selama 3 tahun, saya telah diterima untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang separa perubatan iaitu Diploma Pembantu Perubatan....minat dalam berniaga dalam jiwa saya tidak pernah padam dan pernah mencuba pelbagai pernigaan yang berbentuk MLM dan yang sewaktu dengannya tapi kurang mendatangkan hasil,mungkin disebabkan ilmu perniagaan yang belum mencukupi dan juga faktor kurang pengalaman dan modal...

alhamdullillah, saya telah diperkenalkan dengan Stormreaders ini yang mana menggunakan konsep MLM Affiliate Program yang mana disamping mendapat bonus @ share bagi setiap buku yang terjual, ia memberi peluang untuk menambah pendapatan melalui pembentukan kumpulan@rangkaian(networking)..
setiap apa yang dilakukan pasti akan ada ganjarannya...