Friday, May 28, 2010

"Online Office"

E-NET
Ringkasan eNet, fungsi dan proses yang terlibat.

1. Ringkasan e-Net
e-Net merupakan sebuah laman web,platform utama urusniaga kepada ahli yang telah berdaftar dengan Stormreaders. Setiap ahli layak memiliki e-Net sendiri dan e-Net merupakan laluan utama untuk ahli menguruskan urusniaga dan jaringan perniagaan masing-masing. Segala maklumat terkini mengenai aktiviti perniagaan akan tertera di laman e-Net ahli.

2. Fungsi e-Net
e-Net juga berfungsi sebagai penghubung antara syarikat dengan para ahli. Pihak syarikat akan mengemaskini data yang terkandung didalam e-Net seperti senaarai keahlian,jumlah bonus, maklumat dan idea terkini yang ingin dikongsi bersama semua ahli. Urusan menjadi lebih mudah kerana hanya dengan beberapa klik sahaja segala maklumat atau laporan yang diperlukan oleh ahli terpapar di dada laman.

3. Mudah dan Menjimatkan
Tidak perlu ke kedai untuk membuat pembelian, kerana segala fasiliti telah disediakan bagi membolehkan ahli membuat belian bulanan semula disamping proses pengeluaran bonus. Insya-Allah, ahli akan mendapat khidmat yang terbaik, berpeluang menjana pendapatan yang lebih lumayan disamping menjimatkan masa, wang dan tenaga.

4. Bantuan dan Sistem Sokongan
Tidak perlu risau sekiranya mengalami masalah semasa menggunakan atau melayari e-Net kerana pihak syarikat akan menyediakan latihan dan talian hotline bagi membantu para ahli untuk mempelajari dan mengendalikan e-Net masing-masing.

5. Sebuah laman web yang diberikan secara eksklusif kepada ahli yang telah mendaftar
e-Net disediakan untuk membantu para ahli untuk mengakses data perniagaan masing-masing secara online. Kemudahan ini amat berguna kepada ahli untuk menguruskan aktiviti perniagaan secara lebih mudah, selamat dan efisyen, Insya-Allah...

No comments: