Wednesday, August 3, 2011

Hebatnya Kurma

Salam Ramadhan al-Mubarak

sempena Ramadhan yang mulia ini..
ingin saya kongsikan sedikit info yang saya dapat hasilan dari bacaan

Kurma..
antara makanan yang disunatkan dimakan dahulu ketika ingin berbuka puasa
setelah meminum air masak..

Makanan Ideal untuk Tubuh:
ini kerana Kurma sangat kaya dengan zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Ia membekalkan pelbagai zat yang dapat diserap dengan mudah oleh sistem tubuh badan:
Glukosa, fruktosa, protein, lemak vitamin A,B2 & C
kalsium, potassium, fosforus, magnesium, sodium & florin
adalah antara mineral dan zat yang terdapat dalam kurma

Sunnah semasa Berbuka:
Semasa berbuka, disarankan untuk berbuka dengan kurma bertepatan dengan saranan oleh Rasullullah s.a.w
ini kerana telah terbukti bahawa kurma membekalkan sumber tenaga segera kepada manusia..
membantu mengawal pemakanan agar tidak berlebihan

Mineral untuk Tubuh Badan:
Proteinnya dibina daripada 23 jenis asid amino
Florin & kalsium baik untuk kesihatan gigi dan tulang
Magnesium yang tinggi & selenium mampu mencegah penyakit kanser

Khasiat-khasiat lain:
1) Baik dimakan oleh ibu yang mengandung kerana membekalkan vitamin B6, asid folik, kalium & magnesium
2) digunakan untuk tahnik (Belah Mulut) iaitu sunnah yang diamalkn oleh Rasullullah yang mana bayi yang baru lahir digosokkan kurma di lelangitnya 

p/s: Marilah kita mengamalkan kurma sebagai salah satu sunnah semasa berbuka dan boleh diamalkan dalam kehidupan harian setelah tamatnya Ramadhan nanti..

Ahlan Wasahlan..

No comments: